Reruai MCMC di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2023)

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah mengadakan lawatan ke reruai MCMC bersempena dengan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2023) di Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC) pada hari ini.

Pada lawatan tersebut, YB Fahmi telah diberikan taklimat ringkas mengenai pemerakuan peralatan komunikasi dan pengurusan spektrum yang dikawal selia oleh MCMC mengikut perundangan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ("CMA"), Peraturan Standard Teknik (2000) & Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000.  

Pemerakuan peralatan komunikasi adalah mandatori bagi memastikan keharmonian operasi. Penggunaan spektrum dikawal selia untuk memastikan penggunaan spektrum digunakan dengan cekap dan dapat mengelakkan sebarang jenis gangguan frekuensi. 
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow